Sempena ketibaan 1 Syawal 1430 Hijrah ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada tuan guru besar, guru-guru, para pelajar dan seluruh warga SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.
Diucapkan Selamat Berjaya kepada semua rakan-rakan di Tahun 6, SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, yang akan menghadapi peperiksaan UPSR mulai esok.
Semoga dengan berkat bimbingan, tunjuk ajar dan doa dari para guru-guru dan ibu bapa semua, masing-masing akan dapat mengadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan, seterusnya berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang demi mengharumkan nama sekolah, InsyaAllah.
Negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52 esok. Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
LOGO HARI KEBANGSAAN 2009
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu-padu dan mempunyai semangat cintakan negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.
1 Malaysia
Berdiri teguh di bumi nyata Pupuk Semangat Satu Malaysia Sepakat Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Perpaduan mendapat rahmat Toleransi kaum amalan bersama Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan Tanggungjawab kita semua Jadi teras bangsa mulia Kita bina Satu Malaysia
Korus
Satu Malaysia jadi pegangan Rukun Negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara Rakyat Malaysia taat setia
Kepada guru-guru, rakan-rakan dan semua yang mengikuti blog ini, diucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Baqarah:183)
Pada petang 7 Ogos pula, satu majlis perpisahan telah dianjurkan oleh guru-guru SKS7 untuk Puan Hajah Hanizah dan Puan Chong. Mereka diraikan dengan jamuan minum petang di Bangi Golf Resort, di mana cenderahati juga telah disampaikan kepada kedua-duanya.