Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Kebangsaan Ke-52


Negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52 esok. Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


LOGO HARI KEBANGSAAN 2009

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu-padu dan mempunyai semangat cintakan negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.


1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Pupuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Ciptaan : Nik Nizam Errie Naham

Lirik : Lokman Ghani


(Video credit to RTM 2009)

3 comments:

Anonymous said...

Semakin hari semakin hebat blog ni... Cayalah!

Anonymous said...

selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan tanah air tercinta. di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.....

dell said...

Malaysiaku
tanahair tercinta
semoga aman sejahtera

rakyat bersatu-padu
perpaduan menjadi tunggak kejayaan

selamat hari kebangsaan kepada semua!!!