Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Kebangsaan Ke-52


Negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52 esok. Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


LOGO HARI KEBANGSAAN 2009

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu-padu dan mempunyai semangat cintakan negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.


1 Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata
Pupuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Ciptaan : Nik Nizam Errie Naham

Lirik : Lokman Ghani


(Video credit to RTM 2009)

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Kepada guru-guru, rakan-rakan dan semua yang mengikuti blog ini, diucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Baqarah:183)

Wednesday, August 19, 2009

Jasamu Dikenang

Pada petang 7 Ogos pula, satu majlis perpisahan telah dianjurkan oleh guru-guru SKS7 untuk Puan Hajah Hanizah dan Puan Chong. Mereka diraikan dengan jamuan minum petang di Bangi Golf Resort, di mana cenderahati juga telah disampaikan kepada kedua-duanya.






Selamat Bersara Cikgu!























Tuesday, August 11, 2009

Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 pada 31 Ogos ini. Bagi memperingati tarikh bersejarah tersebut, pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan di SKS7 pada 4 Ogos lalu.

Acara kemuncak majlis pelancaran ialah acara melepaskan burung sebagai tanda simbolik melambangkan pembebasan rakyat dan negara kita daripada kongkongan penjajah.









Pelancaran Program NILAM Sedaerah


Program NILAM Sedaerah telah dilancarkan pada 3 Ogos yang lalu oleh Puan Haniza binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan 1.

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu NILAM oleh murid-murid SKS7 dan diikuti acara simbolik perasmian oleh Puan Haniza dengan beliau menandatangani buku 'mock' bertajuk Unity Is Strength.

Program yang bertujuan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan murid-murid ini dilancarkan serentak di seluruh sekolah daerah Hulu Langat.









Saturday, August 01, 2009

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Di UKM


Program Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR, SK Seksyen 7 telah diadakan pada 25 dan 26 Julai di Dewan Teknologi Sains Dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini telah dikelolakan dengan kerjasama Anjung Pelangi Resources.

Seramai hampir 370 orang murid menyertai program ini. Pihak sekolah telah menyediakan sebanyak lapan buah bas untuk membawa murid-murid dan guru-guru ke sana.

Pada hari pertama, murid-murid telah diajar mengenai teknik menjawab soalan kertas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala pada hari kedua, matapelajaran Matematik dan Sains pula.

Hari Pertama















Hari Kedua