Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Korban


Umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Sempena hari kebesaran tersebut yang jatuh pada hari ini, kami mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan, guru-guru dan seluruh warga SKS7. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan belajar erti kebesaran dan anugerah kurniaanNya.

Thursday, November 19, 2009

Pencapaian UPSR Kita Meningkat


Tahniah kepada rakan-rakan Tahun 6 yang memperoleh keputusan baik dalam UPSR yang diumumkan pagi tadi.

Menurut kata Guru Besar Encik Sabarudin Abu Bakar, secara keseluruhannya keputusan UPSR SKS7 tahun ini telah meningkat dari tahun lalu.

Seramai 55 murid SKS7 mendapat keputusan 5A tahun ini.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang berjaya mendapat 5A dan 4A. Kepada yang kurang berjaya, tingkatkan usaha untuk kejayaan di masa hadapan.

Terima kasih kepada para tenaga pengajar sekolah yang telah memberi bimbingan dan panduan kearah kejayaan murid-murid.

Saat pengumuman nama murid-murid yang mendapat 5A dan 4A

Murid-murid Tahun 6 berdebar-debar menanti keputusan UPSR


Ramai juga ibubapa yang hadir untuk mengikuti pengumuman keputusan UPSR. Ada di kalangan mereka yang menanti dengan wajah-wajah cemas

Kegembiraan terbayang apabila mengetahui yang anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan

Selepas diumumkan senarai mereka yang mendapat 5A dan 4A, murid-murid tersebut diarah berkumpul untuk diberi borang dan penerangan tentang cara-cara memohon ke sekolah menengah agama dan sekolah rancangan khas




Setelah semuanya selesai, yang hadir pun bersurai. Bagi murid-murid Tahun 6, di sinilah berakhirnya pendidikan sekolah rendah sebelum memasuki ke sekolah menengah pula pada tahun hadapan.
Sehingga itu...


Wednesday, November 18, 2009

Keputusan UPSR Esok


Rakan-rakan Tahun 6, harap maklum.

Debaran menanti keputusan UPSR akan berakhir esok, iaitu hari Khamis 19 November. Mengikut jadual, pihak sekolah akan mengumumkan keputusan mulai jam 10 pagi. Semoga kita semua mencapai kecemerlangan yang diharapkan. InsyaAllah.


Sunday, November 15, 2009

Jamuan Perpisahan Tahun 6


Pada 14 November yang lalu, majlis perpisahan untuk murid Tahun 6 telah diadakan di Bangi Golf Resort Restaurant. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Seksyen 7, Prof. Madya Dr Rahim Aman.

Majlis ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Seksyen 7, murid-murid Tahun 6 dan tidak lupa juga guru-guru Tahun 6 dan guru-guru yang lain.

Banyak acara telah diadakan seperti persembahan oleh murid-murid Tahun 6, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah, cabutan bertuah untuk guru dan murid dan penyampaian hadiah untuk guru Tahun 6 dan untuk kelas yang membuat persembahan yang paling menarik.


































Thursday, November 12, 2009

Program Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 5 Dengan Pihak Sekolah


Pada 7 November yang lalu, satu program perjumpaan ibubapa murid-murid Tahun 5 telah diadakan di foyer sekolah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Seksyen 7, Prof. Madya Dr Rahim bin Aman.

Acara yang menjadi agenda setiap hujung tahun ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada ibubapa tentang program dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah untuk anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010.

Selain itu, sesi soal-jawab turut diadakan bagi membincangkan sebarang kemusykilan yang diutarakan oleh ibubapa kepada pihak sekolah.