Sunday, November 08, 2009

Sukan Tahunan Kali Ke-8


Pada 24 dan 25 Oktober yang lalu, SK Seksyen 7 telah mengadakan temasya sukan tahunan kali ke-8.

Temasya selama dua hari itu diadakan tanpa kehadiran ibubapa seperti selalunya. Bagaimanapun, perjalanan temasya tetap meriah dengan hari pertama untuk murid-murid Tahap 1 manakala hari kedua bagi murid-murid Tahap 2.

Temasya dimulakan dengan acara perbarisan, sukaneka, acara olahraga dan diakhiri dengan tarik tali. Tahun ini, Rumah Wira (Biru) telah menjadi johan, manakala Rumah Satria (Hijau) naib johan. Tempat ketiga jatuh kepada Rumah Putra (Kuning) dan Rumah Waja (Merah) tempat keempat.

Tahniah untuk para pemenang!

Nota: Gambar-gambar berikut ihsan dari Cikgu Ahia. Sila layari blog beliau di cikguahia.blogspot.com untuk gambar-gambar yang lebih lagi.















































No comments: