Monday, October 05, 2009

Liga Bola Sepak, Bola Jaring dan Minggu Keusahawanan


Sepanjang minggu ini, SK Seksyen 7 menganjurkan Liga bola sepak dan bola jaring antara kelas-kelas Tahun 6. Aktiviti ini merupakan salah satu program yang disusun oleh pihak sekolah selepas UPSR.

Selain itu, murid-murid Tahun 6 juga terlibat dengan Minggu Keusahawanan. Setiap wakil kelas dikehendaki membuka sebuah gerai dan menjual makanan atau minuman. Antara makanan dan minuman yang dijual ialah ayam goreng, mee goreng istimewa, burger, kentang goreng, pelbagai jenis buah-buahan, ice blended dan jeli kelapa.

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran ibu bapa bagi memeriahkan kedua-dua acara tersebut yang bermula dari 8:30 hingga 11:00 pagi.

3 comments:

Anonymous said...

ENJOY!!!!!!

Anonymous said...

jeng...jeng...jeng...kelas mana yg bakal menjadi juara?

Anonymous said...

imran, izzat, syahmi dan ikhwan main bola ke?????? joinlah beb...