Sunday, January 10, 2010

2010 Penuh Tekad dan Azam

Tahun 2010 kami mengharapkan pencapaian cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum terutamanya kepada murid-murid Tahun 6 yg akan menduduki UPSR pada 21 hingga 23 September 2010.

" Pelajaran Didahulukan , Pencapaian Diutamakan "


Thursday, December 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah



Selamat menyambut tahun baru kepada guru-guru, kakitangan dan murid-murid SKS7 sempena ketibaan 1 Muharam 1431 Hijrah pada hari Jumaat, bersamaan 18 December 2009.

Saturday, December 05, 2009

Pengambilan Murid Ke SBP 2010

Keputusan pemilihan dan penempatan ke sekolah berasrama penuh akan diumumkan selewat-lewatnya pada 25 Disember 2009. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.


Murid Tingkatan Satu (1) SBP dijangka akan mendaftarkan diri di kesemua 54 buah SBP yang ditawarkan pada 11 Januari 2010.


Kenyataan penuh media Ketua Pengarah Pelajaran boleh dibaca di sini.



Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Korban


Umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Sempena hari kebesaran tersebut yang jatuh pada hari ini, kami mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan, guru-guru dan seluruh warga SKS7. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan belajar erti kebesaran dan anugerah kurniaanNya.

Thursday, November 19, 2009

Pencapaian UPSR Kita Meningkat


Tahniah kepada rakan-rakan Tahun 6 yang memperoleh keputusan baik dalam UPSR yang diumumkan pagi tadi.

Menurut kata Guru Besar Encik Sabarudin Abu Bakar, secara keseluruhannya keputusan UPSR SKS7 tahun ini telah meningkat dari tahun lalu.

Seramai 55 murid SKS7 mendapat keputusan 5A tahun ini.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang berjaya mendapat 5A dan 4A. Kepada yang kurang berjaya, tingkatkan usaha untuk kejayaan di masa hadapan.

Terima kasih kepada para tenaga pengajar sekolah yang telah memberi bimbingan dan panduan kearah kejayaan murid-murid.

Saat pengumuman nama murid-murid yang mendapat 5A dan 4A

Murid-murid Tahun 6 berdebar-debar menanti keputusan UPSR


Ramai juga ibubapa yang hadir untuk mengikuti pengumuman keputusan UPSR. Ada di kalangan mereka yang menanti dengan wajah-wajah cemas

Kegembiraan terbayang apabila mengetahui yang anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan

Selepas diumumkan senarai mereka yang mendapat 5A dan 4A, murid-murid tersebut diarah berkumpul untuk diberi borang dan penerangan tentang cara-cara memohon ke sekolah menengah agama dan sekolah rancangan khas




Setelah semuanya selesai, yang hadir pun bersurai. Bagi murid-murid Tahun 6, di sinilah berakhirnya pendidikan sekolah rendah sebelum memasuki ke sekolah menengah pula pada tahun hadapan.
Sehingga itu...