Wednesday, August 19, 2009
Tuesday, August 11, 2009
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 pada 31 Ogos ini. Bagi memperingati tarikh bersejarah tersebut, pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan di SKS7 pada 4 Ogos lalu.
Acara kemuncak majlis pelancaran ialah acara melepaskan burung sebagai tanda simbolik melambangkan pembebasan rakyat dan negara kita daripada kongkongan penjajah.
Pelancaran Program NILAM Sedaerah
Program NILAM Sedaerah telah dilancarkan pada 3 Ogos yang lalu oleh Puan Haniza binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan 1.
Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu NILAM oleh murid-murid SKS7 dan diikuti acara simbolik perasmian oleh Puan Haniza dengan beliau menandatangani buku 'mock' bertajuk Unity Is Strength.
Program yang bertujuan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan murid-murid ini dilancarkan serentak di seluruh sekolah daerah Hulu Langat.
Saturday, August 01, 2009
Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Di UKM
Program Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR, SK Seksyen 7 telah diadakan pada 25 dan 26 Julai di Dewan Teknologi Sains Dan Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini telah dikelolakan dengan kerjasama Anjung Pelangi Resources.
Seramai hampir 370 orang murid menyertai program ini. Pihak sekolah telah menyediakan sebanyak lapan buah bas untuk membawa murid-murid dan guru-guru ke sana.
Pada hari pertama, murid-murid telah diajar mengenai teknik menjawab soalan kertas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala pada hari kedua, matapelajaran Matematik dan Sains pula.
Hari Pertama
Hari Kedua
Subscribe to:
Posts (Atom)










