Wednesday, July 22, 2009

Latihan Kebakaran


Latihan kebakaran telah diadakan di SK Seksyen 7 pada pagi Isnin, 20 Julai yang lalu. Latihan kebakaran itu telah dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Latihan itu dimulakan dengan semua murid berkumpul di padang sekolah dan seorang pegawai bomba memberi taklimat mengenai cara mencegah kebakaran.

Ini disusuli dengan demonstrasi menyelamat dan memadamkan api dengan cara yang betul.
















Friday, July 10, 2009

Ceramah Motivasi Untuk Ibu Bapa

Kepada ibu bapa yang telah mendaftar untuk mengikuti ceramah motivasi anjuran PIBG SKS7 pada hari Ahad, 12 Julai, sila ambil perhatian. Ceramah tersebut akan diadakan di Dewan Auditorium Siswa, UKM, mulai 9 pagi hingga 12 tengahari.

Tuesday, July 07, 2009

Khemah Ibadah

Program Khemah Ibadah untuk murid-murid Tahun 6 telah berjaya diadakan di SKS7 dengan kerjasama ASA Explore pada 4 dan 5 Julai. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam di sekitar program itu:



















Wednesday, July 01, 2009

Program Keselamatan Jalan Raya

Sekitar program yang dianjurkan oleh Toyota di SKS7 semalam untuk memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada murid-murid.