Berikut rangkuman gambar-gambar yang dirakam semasa "hi-tea" untuk guru-guru SK Seksyen 7 sempena Hari Guru 2009. Minum petang tersebut diadakan di Putrajaya Equestrian Park pada 21 Mei.
Sunday, May 24, 2009
Thursday, May 21, 2009
Sambutan Hari Guru 2009
Sambutan Hari Guru SK Seksyen 7 2009 telah diadakan dengan meriah sekali pagi tadi. Dengan tema Hari Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, pelbagai acara yang mencuit hati diatur oleh para guru sempena sambutan tersebut.
Antara persembahan yang diadakan seperti pertunjukan fesyen, nyanyian oleh guru-guru Tahun 1-6, persembahan Ala-Akademi Fantasia, pertandingan memancing dan acara penyampaian hadiah. Selain itu, sekumpulan murid Tahun 3 juga mempersembahkan lagu melalui tiupan rekoder.
Gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya.
Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan
Khusyuknya mendengar!
Barisan para guru
Semangat dari guru-guru kita!
Alunan tiupan rekoder dari murid-murid Tahun 3
I feel good!!! La Academia
Tangkap leleh cikgu!
Tiupan lagu Geylang Sipaku Geylang
Tak sangka cikgu-cikgu pun ada bakat penghibur!
Sunday, May 17, 2009
Selamat Hari Guru
Ucapan Selamat Hari Guru kepada tuan guru besar, guru-guru kaunseling dan semua guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Terima kasih atas usaha para guru mendidik kami.
Tak mengapalah kalau ucapan ini lewat sehari selepas Hari Guru semalam. Umpama pepatah Inggeris, "It's better late than never".
Friday, May 08, 2009
Program Street Smart
Thursday, May 07, 2009
Model Kerjaya Peringkat Negeri
Model Kerjaya Peringkat Negeri telah berlangsung di SM Teknik Sungai Buloh pada 25 April 2009. Para peserta SK Seksyen 7 terdiri daripada Muhammad Fazli, Nurulain Syamimi dan Muhammad Afiq Asyraf. Model kerjaya yang mereka pilih adalah mengenai kerjaya doktor gigi.
Program Tazkirah
SK Seksyen 7 mengadakan Program Tazkirah setiap Hari Jumaat bermula pukul 7.40 - 8.10 pagi.
Program mingguan ini diadakan di Dataran Perhimpunan. Ustaz atau Ustazah akan memberikan tazkirah mengenai kisah-kisah nabi, nilai-nilai murni dan sebagainya kepada murid-murid.
Murid-murid Islam kusyuk mendengar tazkirah
Subscribe to:
Posts (Atom)