Friday, March 19, 2010

PROGRAM PECUTAN AWAL UPSR

Pada 19 dan 20 Januari 2010 telah diadakan Program Pecutan Awal UPSR untuk murid-murid Tahun 6. Program dengan kerjasama AMPAC AKADAMY ini bertujuan untuk memotivsikan calon-calon UPSR 2010 dengan perisian yang meliputi persediaan mental, fizikal, sipiritual dan emosi oleh En. Badrul Sani selaku motivator.





PMD 2010

Program Maju Diri [PMD] telah diadakan pada 13, 14 dan 15 Januari 2010. Program ini dikhususkan untuk murid-murid Tahap 2. Antara objektif program adalah untuk menyuntik semangat belajar dan kerjasama di kalangan murid-murid.




















Sunday, January 10, 2010

2010 Penuh Tekad dan Azam

Tahun 2010 kami mengharapkan pencapaian cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum terutamanya kepada murid-murid Tahun 6 yg akan menduduki UPSR pada 21 hingga 23 September 2010.

" Pelajaran Didahulukan , Pencapaian Diutamakan "


Thursday, December 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah



Selamat menyambut tahun baru kepada guru-guru, kakitangan dan murid-murid SKS7 sempena ketibaan 1 Muharam 1431 Hijrah pada hari Jumaat, bersamaan 18 December 2009.

Saturday, December 05, 2009

Pengambilan Murid Ke SBP 2010

Keputusan pemilihan dan penempatan ke sekolah berasrama penuh akan diumumkan selewat-lewatnya pada 25 Disember 2009. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.


Murid Tingkatan Satu (1) SBP dijangka akan mendaftarkan diri di kesemua 54 buah SBP yang ditawarkan pada 11 Januari 2010.


Kenyataan penuh media Ketua Pengarah Pelajaran boleh dibaca di sini.