Sunday, June 28, 2009

Hari Jalinan Mesra SKS7 2009


Para ibu bapa datang ke sekolah sempena Hari Jalinan Mesra SKS7 2009 yang diadakan semalam. Ianya adalah hari terbuka untuk ibu bapa mengambil buku laporan akademik anak-anak disamping membayar yuran persekolahan mereka.

Ibu bapa juga boleh bertanya guru tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

Mungkin kawan kita ni masih menanti ketibaan ibu dan bapanya.

Sambil menunggu giliran untuk bertemu guru, sempat juga ibu bapa bertanya khabar antara satu sama lain.

Cikgu Aszila dan Ustaz Nur Irwan menayangkan satu daripada buku yang disumbangkan oleh ibu bapa.

Pameran dan jualan buku-buku turut diadakan.

Ada juga kaunter bimbingan mengenai pendidikan masa depan.

Sunday, June 14, 2009

Kembali Ke Sekolah


Hai kawan-kawan! Diam tak diam, cuti sekolah dua minggu pun dah sampai ke penghujungnya. Esok kita semua akan ke sekolah semula. Kerja sekolah semua dah disiapkan? Kasut dah dicuci bersih?

Selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.

Kepada para guru semua, selamat kembali bertugas.

Animasi oleh Philip Thero and Artie Romero di www.artie.com

Monday, June 08, 2009

Menenangkan Minda


Cuti sekolah ialah masa yang sesuai untuk kita pergi makan angin bersama keluarga. Kita boleh menenangkan minda dengan menghirup udara segar di Cameron Highlands, umpamanya.

Atau bersantai di pantai Gold Coast. Bukan yang di Australia tu, tetapi Sepang Gold Coast di Bagan Lalang lah...

Mungkin ada juga yang berkesempatan melancong ke negara orang...

Kartun dipetik dari www.toonpool.com

Monday, June 01, 2009

Hooray! Sekolah Dah ...


Bersempena cuti setengah tahun yang dah pun bermula (dua hari lepas la!!!), diucapkan selamat berholiday kepada para guru dan rakan-rakan semua. Untuk yang balik ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Untuk kengkawan, cuti sekolah tak semestinya kita lupakan pelajaran...